Patuhi Jadual Perjalanan Plus untuk Hari Raya Haji Ini

PLUS : PATUHI TTA PADA CUTI HARI RAYA AIDILADHA

advisorytravel

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan jumlah trafik di Lebuhraya Utara-Selatan akan meningkat pada cuti Hari Raya Aidiladha yang akan datang. Justeru itu, orang ramai yang ingin pulang bercuti pada hujung minggu ini dinasihatkan supaya mematuhi Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh PLUS.

TTA yang dikeluarkan oleh PLUS pada cuti musim-musim perayaan dan hari-hari puncak yang lalu telah berjaya membantu mengurangkan kesesakan di lebuh raya. Oleh itu, PLUS menasihatkan supaya orang ramai yang bercadang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan bermula 23 September hingga 27 September akan datang supaya mematuhi TTA yang dikeluarkan.

TTA merupakan jadual perjalanan berperingkat bagi destinasi-destinasi tertentu di lebuh raya kendalian PLUS. Ia dikeluarkan sebagai salah satu daripada strategi PLUS untuk mengagihkan trafik dan mengelakkan orang ramai daripada terperangkap di dalam kesesakan di laluan utama, kawasan rehat dan plaza tol.

Dalam pada itu, PLUS juga menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat trafik terkini dengan menghubungi talian bebas tol PLUSLine 1800 88 0000, mengikuti laman Twitter.

 

Source: Plus

About the Author

Auto360.my